“Tiap-tiap nabi mempunyai teman, dan Uthman adalah temanku
di dalam syurga.” (Nabi Muhammad SAW)
Jurai Keturunan Khalifah Uthman Affan :
Bapa Uthman bernama Affan bin Abu al-As bin Umaiyah. Ibunya
bernama Arwa binti Kuraiz. Adik perempuan kandungnya bernama Aminah binti Affan.
Selepas Affan meninggal dunia, Arwa berkahwin dengan Uqbah dan mendapat tiga
orang anak lelaki dan seorang perempuan. Mereka adalah Al-Walid bin Uqbah,
Umarah dan Khalid Ummu Kalthum.
Isteri-isteri Uthman Affan :
1.
Ruqiyah binti Muhammad
2.
Ummu Kalthum binti Muhammad
3.
Fakhitah binti Ghazwan
4.
Ummu Amru binti Jundub
al-Adiyah
5.
Fatima binti al-Walid
6.
Ummu al-Banin binti Uyainah
7.
Ramlah binti Syaibah
8.
Nailah binti al-Farafisah
al-Kalbiyah
Anak Lelaki Uthman Affan :
-
Abdullah
-
Abdullah al-Asghar
-
Amru
-
Khalid
-
Aban
-
Umar
-
Al-Walid
-
Sa’id
-
Abdul Malik
Anak Perempuan Uthman Affan :
-
Maryam
-
Umu Sa’id
-
Ummu Aban
-
Umu Amru
-
Maryam al-Sughra
-
Ummu al-Banin
Semasa bersama Rasulullah :
-
Penulis wahyu Rasulullah
-
Mempersiapkan tentera
Perang Tabuk
-
Mewakafkan tanah
bersebelahan Masjid Nabi
-
Wakil Rasulullah dalam
Perjanjian Hudaibiah
-
Memangku tugas beliau dua
kali semasa keluar berperang
Semasa Zaman Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab :
-
Ahli majlis mesyuarat
-
Pencatat ataupun jurutulis
khalifah
Semasa Menjadi Khalifah :
-
Mengubahsuai Masjidil Haram
-
Mengubahsuai Masjid Nabi
-
Penyusunan Quran
-
Perpindahan Mina dari As-Syu’aibah
ke Jeddah
-
Cincin hilang
-
Melumpuhkan armada Rom
Uthman bin Affan
berasal daripada keluarga Umaiyah yang lahir pada tahun 574. Beliau dilantik
menjadi khalifah pada tahun 644 selepas Umar al-Khattab meninggal dunia. Semasa
itu beliau berumur 70 tahun, memerintah selama 12 tahun (644-656) dan meninggal
dunia semasa berumur 82 tahun akibat diserang oleh penentangnya.
Dari tahun
pertama hingga tahun keenam, pemerintahannya penuh dengan kejayaan dan
kegemilangan. Empayar Islam berkembang luas hingga ke Iran, Afghanistan, Afrika
Utara, Pulau Cyprus, Pulau Rhodes, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco
dan beberapa kawasan di Eropah. Beliau juga membangunkan Armada Islam hingga
berjaya melumpuhkan armada Rom. Tetapi dari tahun keenam hingga ke-12,
pemerintahannya berlaku kacau-bilau hingga berakhir dengan pembunuhan.
Orang yang
bertanggungjawab menimbulkan huru-hara itu adalah Abdullah bin Sabak, Yahudi
yang berpura-pura memeluk Islam. Dia menghasut orang ramai supaya menentang
Khalifah Uthman Affan dengan tuduhan tidak layak serta menyalahgunakan kuasa.
Bagi
membangkitkan kemarahan orang ramai, Abdullah bin Sabak menuduh Uthman Affan
merampas hak Ali bin Abu Talib yang sepatutnya menjadi khalifah. Dia juga
mengagung-agungkan Ali hingga sanggup mengatakan, sepatutnya Ali yang menjadi
nabi akhir zaman, tetapi Malaikat Jibril tersilap menurunkan wahyu kepada
Muhammad.
Uthman Affan
mendapat gelaran Zin Nurain yang ertinya memiliki dua cahaya kerana
Rasulullah sudah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya iaitu Ruqayah dan
kemudiannya dengan Ummu Kalthum selepas Ruqayah meninggal dunia.
Uthman Affan
antara yang terawal memeluk Islam selepas Abu Bakar as-Siddiq. Beliau antara 10
sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Beliau terkenal dengan sifat
lemah lembut, pemalu dan berbudi pekerti mulia.
Rasulullah pernah
berkata, “Saya memohon kepada Tuhanku supaya tidak ada seorang pun yang pernah
menjadi menantuku ataupun menjadi mentuaku dimasukkan ke dalam neraka.”
Beliau berkata
lagi, “Tiap-tiap nabi mempunyai teman, dan Uthman adalah temanku di dalam
syurga.”
Ramai berpendapat
punca kekecohan yang berlaku pada masa pemerintahan Khalifah Uthman Affan
adalah kerana campur tangan keluarga Bani Umaiyah dalam urusan pentadbiran
negara. Contohnya, beliau melantik Marwan al-Hakam menjadi setiausahanya.
Kemudian memecat Amru al-Ash sebagai Gabenor Mesir digantikan dengan Abdullah
bin Saad. Beliau juga dikatakan mengutamakan keluarga sendiri.
Ada juga yang
berpendapat kononnya berlaku perselisihan antara Khalifah Uthman Affan dengan
seorang sahabat Nabi Muhammad bernama Abu Zar al-Ghifari hingga beliau dibuang
negeri. Sebenarnya tidak terdapat perselisihan antara mereka berdua. Memang
benar Abu Zar al-Ghifari pernah menegur Muawiyah, gabenor Syam yang dianggapnya
hidup terlalu mewah. Tetapi Muawiyah menerima teguran itu dan tidak berdendam
kepada Abu Zar Ghifari.
Antara jasa
Khalifah Uthman Affan yang besar adalah penyusunan semula al-Quran dengan
sebutan loghat Arab Quraisy. Al-Quran inilah yang digunakan hingga ke hari ini
yang dikenali dengan nama Mashaf Uthmani. Beliau juga membesarkan Masjid Nabi
di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah. Tindakan beliau itu disalah erti hingga
ada yang menuduhnya melakukan penyelewengan lalu mendesaknya meletakkan
jawatan.
Ali bin Abu Talib
membela Khalifah Uthman Affan dengan berkata, “Sebelum Khalifah Uthman Affan
melakukan penyusunan semula al-Quran, dia sudah berbincang dengan Ahli Majlis
Syura. Al-Quran yang dibakar itu mengandungi perselisihan dan yang ada sekarang
ini adalah yang disepakati bersama kesahihannya. Adapun kerana melantik
keluarga terdekat bagi memegang jawatan penting itu semata-mata kerana
kebolehan mereka. Mengenai pemberian harta baitulmal untuk keluarganya itu
sebenarnya ia daripada harta Khalifah Uthman Affan sendiri. Dia mendermakan
banyak hartanya untuk baitulmal. Sebagai khalifah, dia berkuasa mengeluarkan
harta dari baitulmal.”
No comments:
Post a Comment