Sunday, 1 February 2015

Perbezaan Permainan Tradisional dan Masa Kini

Perbezaan Permainan Tradisional dan Masa Kini :

·       Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang ataupun bersenam.
·       Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan.
·       Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang.
·       Adat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah, ataupun seri.
·       Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan.
·       Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi terdapat perbezaan antara permainan dahulu dan permainan sekarang.


Bil.
Permainan Tradisional
Permainan Masa Kini
1
permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing dan lain-lain
permainan komputer
2
mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia.
tidak melambangkan apa-apa
3
Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan secara berkumpulan di mana mereka mempunyai minat yang sama.
Biasanya tidak perlu dilakukan oleh sekelompok manusia
4
Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat, dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan.
tidak dapat mengeratkan hubungan antara manusia
5
Biasanya bersifat harmoni
berunsur ganas seperti permainan komputer ‘counter strike’
6
Biasanya banyak mengeluarkan peluh
Jarang mengeluarkan banyak peluh atau berasa letih
7
mendapat faedah mengenal erti persahabatan.
sifat individualistik yang cukup menebal dalam kalangan anak-anak.
8
lebih terdedah kepada unsur mencipta. terdedah kepada suasana mencabar
Kepesatan teknologi menyebabkan tercipta pelbagai peralatan permainan moden dan canggih bermula daripada  bola getah hinggalah  teknologi kawalan jauh.
9
lahir perasaan saling memahami hati dan budi rakan, saling memberi dan menerima pendapat, berkongsi masalah, pandai berkawan, berkongsi peralatan dan mengisi masa senggang dengan bermakna.
mendorong mereka ke arah keganasan dan kepura-puraan. Bayangkan permainan seperti senjata moden ; pistol mainan, bom, perang dan sejenisnya.

2 comments:

  1. terima kasih atas makluamat yang di beri

    ReplyDelete
  2. When the inposter is sus 0🥶😔😔🥶😔🥶😔🥶😔👌👌🤨🥶🥶😭🤨👌🤨😫😤😫📢🅱️😫🅱️😫🅱️😫🅱️🤨👌😫😤😫😫📢😡🥵😡🥵😤

    ReplyDelete